CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, July 22, 2008

...TinGGaL TaNDa TaNYa...



...entah kenapa malam ini aku terasa sepi sangat...sepi membuatkan aku sebak..namun kutahan airmataku dari mengalir kerna aku tidak mahu menjadi lemah..tapi sekuat mana pun aku pertahankan airmataku, aku tetap wanita yang punya perasaan di hati... sepi membuatkan diri aku dikuasai emosi...tika ini..malam ini...aku terlalu rindukan si dia...si dia yang berada jauh dimata aku..tetapi sering dekat di hati aku...argh..malam ini aku gagal kawal emosi aku..sungguh aku terlalu rindukannya..kenapa dia menghilangkan diri dari aku selama hampir dua malam?adakah aku ada melakukan kesilapan?perlukah aku mulakan langkah dengan mengirim sms padanya dulu?tidak!!aku takkan lakukan kerna itu akan menambahkan kelukaan di hati aku..dah banyak msg yang aku kirimkan tapi tiada balasan...OH TUHAN, dugaan apakah kali ini yang melanda hidup aku...aku harap segalanya akan baik secepat mungkin... aku terlalu sayangkannya..kehilangannya buat seketika buat aku rungsing..aku selalu ketepikan rasa hati aku..namun aku masih terbelenggu oleh perasaan tue...slalunya aku busykan diri aku dengan kolej and kawan2 aku agar aku tak terlalu kerinduan..tapi kini...cuti semester hadir dan kawan-kawan aku busy...lagilah bertambah kerinduan aku padanya...YA ALLAH, kau tabahkanlah hati aku ini dalam menempuh ranjau perasaan ini...sayang...aku menanti kehadiran sms-mu walaupun hanya sebaris ayat kerna ianya boleh membuatkan jiwa aku yang resah kembali tenang...=(

-rintihan hati Mz_DiaNz-

wHaT NuMbeR aRe U??? JOM TERJAH !!!

segmen blog kali nie pasal number plak dah...
number pun ada makna eks...
macam-macam la skarang nie..
tapi benda nie saja-saja la..bukan untuk dipercayai pun..hehe...

hah jom kita sama-sama terjah tarikh birthday kita kena dengan number berapa and apa makna disebalik number tue...hehe...

wah..dianz dapat number 9 la... jom kita terjah apa makna disebalik number yang dianz dapat nie..hehe....




Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.[haha....patutlah aku suka sangat aktiviti lasak and tak mudah dikawal emosi..]


Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. [well...mesti kena tau menilai...]


Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. [dihormati ka?haha..insyaallah...=) ]


Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. [semestinya...itu lah yang aku lalui sekarang!!]


Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. [well biasala jiwa remaja....]


Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. [well..biasala bila dah matang..]


Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. [erk??xda kaitan dgn kos aku skarang..haha..]


Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
[erk??role model??]

Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
[alamak??num bf aku takda la plak..haha..=) ]




Hah skarang korang dah tahu number aku kan..so jom kita terjah plak apa number korang and apa maksud disebalik number korang..kalau korang nak tau korang number brapa,

check it out!!!




Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


Hah sekarang..lepas korang dah tau number korang, apa lagi..jom kita terjah maksud disebalik number korang pulak

...again...LET CHECK IT OUT!!!!

no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti.
Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan.
Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain.
Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang.
Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda.
Anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda.
Anda seorang yang kuat belanja.
Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi.
Anda mempunyai keluarga yang bahagia.
Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan.
Em...bagus! Anda suka bermimpi siang.
Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri.
Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan.
Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.
Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda.
Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga.
Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri.
Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda.
Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan.
Anda perlu berkerja keras untuk berjaya.
Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan.
Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.
Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin.
Anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda.
Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain.
Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.
Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.
Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda.
Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi.
Anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
Anda sangat popular dalam komuniti.
Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan.
Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan.Namun anda terlalu terburu-buru.
Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga.
Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan.
Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan.
Anda suka perubahan dan kebebasan.
Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata..
Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.
Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini.
Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja.
Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan.
Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda.
Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda.
Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja.
Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian.
Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga.
Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri.
Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini.
Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira.
Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda.
Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.
Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup.
Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.
Anda memperjuangkan keadilan.
Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani.
Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan.
Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam.
Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti.
Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat.
Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.
Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda.
Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.



Hah skarang korang dah terjah abis dah kan?hehe...janganlah terlalu percaya sangat dengan benda-benda nie..kita hanya sekadar suka-suka..sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari KITA...Kita hanya insan biasa yang tak pernah bisa lari dari kesilapan...INILAH KITA..INSAN BERNAMA MANUSIA!!!

salam mesra,

Mz DiaNz...




...BoRed!!!!....

Bila koLeJ mula rasa nak cuti..bila cuti dah mula, terasa nak pi kolej balik..apa kes la ngn aku nie pun aku tak tau..nie la akibat terlalu buhsan..time aku baru start holiday, bf aku plak start new sem..haiz..kawan2 plak dah start study balik..inaz dah balik kuantan..nad dah balik SP...aku gakz yang dok ada kat penang nie..alangkah bestnya kalau buah hati aku ada kat sini..at least bleh la spend time ngn dia..apasal la kuantan tue jauh sangat ngn penang..kalau sebelah penang kan best..sayang..rindunyer!!!=(

argh..daripada aku layan buhsan and rindu aku..lebih baik aku buat survey nie..dalam masa yang sama aku update gakz la blog aku nie...hehe...


SURVEY-NYA!!!




If you were really upset, who is the first guy you'd go
to?
ofcoz la my lovely sayang...mr.izat effy...=p

Who is the first girl you go to?
LiLa, NadiaH, Inaz!!!

If someone liked you right now, would you want them to tell you?
Up to them..but i prefer NO! coz that doesnt make any different to me..hehe

Do you prefer to take showers in the morning,
or night?
Depends!!haha...

Do you think you have made a difference in anyone's life?
Yes i do! i always change someone who always frustrated with LIFE!!

Do you remember the name of your first school you ever went to?
OFCOZ!!! one of my sweetest memory that i WONT FORGET !!

Which year has been the best so far?
2000 is still in memory, 2005 is also in memory, but the best year start when i really fall in love with someone in 2005 until now.....=)

Last text message in your inbox?
KaK DiaNa..."diana,bleh bagi num phone nadiah?".....

Break someone's heart or have your heart broken?
my heart is still broken ONCE.. but someone is putting it back in pieces but i broke his heart as i know we cant go far...but someone stole my heart again and this time i promise to myself that i wont broke his heart as I LOVE HIM TRULY MADLY DEEPLY FROM MY HEART... thanks syg(izat effy)..!

Three feelings at the moment?
Lonely, Sad, MissiNG soMeone sOOO MUcH.....

Last movie you watched?
Dark Knight!!!

Last song you sang out loud:
KAU LAH SEGALANYA - RUTH SAHANAYA

What's your favorite number?
4

If you could have one thing right now what would it be?
wow!! ofcoz i waNt My saYaNg..But My saYaNg is Not a Thing..haha..so I wanT one sPort CaR..ReD FeRRaRi...=]

Who makes you happiest right now?
NO ONE!!!! all busy with their own stuff!! including my BF..haiz...

What's the last thing you thought about?
waNNa RuN To KUaNtaN aNd MeeT My saYaNg..haha..tp masih berFikiran waras lagi.. haha..=p

Do you think a relationship can last 6 months without cheating?
Yes of coz!!! im always in relationship more than 2 years... so 6 month its just a short period!!!

What is one thing you question a lot?
LIFE!

Are you married?
OFCOZ NO!

What did you do last night?
welll...biasala...update my lovely blog and on9....

Which is more romantic: sunrise or sunset?
Both!!! if my sayang with me....=)

Are you happier single or in a relationship?
doesnt make any different to me! as my BF is Far awaY and im not a gurl that always can go out!!!!haha..=)

Have you ever liked someone who treated you badly?
NOT YET!! for what i wanna in love with this people!! =)

Last person you said I love you to?
TaKKan La To My Ex..haha..MestiLaH to My LOVELY saYaNg, MOHD IZAT EFFY...

What are you doing tommorrow?
Haha..Dunno..evrydaY is a saMe Day To Me...

Do you think you'll be married in 10 year?
Erk??by that time im already 30...i hope i already married tHat time..haha..=)

Why is your relationship status the way it is?
because i love him !!!

Who do you dislike currently?
im not kind of person who easily dislike someone...but currently i do have 2 person that i dislike..both person backstab me!!! i really hate that!!=(

Are you in a good mood?
NOT REALLY...

Monday, July 21, 2008

...Friendship...


GOOD FRIENDS are
harder to find,
harder to leave
imposibble to forget..


BEST FRIENDS are the sibling
God forgot to give us...



GOOD FRIENDS are like star.
you dont always see them
but you know they are always there
when it hurts to look back and you scared to look ahead,
you can look beside.
you and your best friend will be there.


P/S: TO ALL MY FRENZ...


PLEASE REMEMBER...
- that im always here
- to listen you
- to comfort you
- share your sorrow and
- to celebrate when you're successs


I HOPE....
- TODAY and EVERYDAY will bring love and happiness to all of you!!!
- i can share EVERY sad and happy moments with all of you!!!


FRENZ, I HOPE YOU KNOW THAT...
- our friendship is a very special gift...
- our friendship is a golden treasure...
- i really love our friendship...
- i won't forget our friendship no matter what happen...


FRENZ, I REALLY WANT TO...
- say thanks for being a part of my life
- thanks for filling my life with so much happiness
- thanks for everything!!!!


UsaHa + KeaZaMaN + TawaKaL = KeJaYaaN


Standing In The Eyes Of The World

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

seperti yang aku katakan, lagu memainkan pelbagai peranan dalam hidup
aku...lagu STANDING IN THE EYES OF THE WORLD nyanyian ELLA
nie juga adalah salah satu lagu favourite aku..
lagu nie la yang memberi aku semangat di saat kemalasan dan kekecewaan menguasai diri aku..
lagu nie memberi kekuatan kepada diri aku untuk terus berjuang dalam meneroka alam kehidupan..
kejayaan BUKANLAH sesuatu yang mudah untuk kita kecapi..
tanpa usaha dan keazaman yang tinggi, kejayaan akan hanya tinggal impian yang susah digapai...
"TANPA KEBERANIAN, MIMPI TAK BERMAKNA"...
untuk apa kita mengimpikan sesuatu seandainya kita tidak berani mengorak langkah pertama dan terus maju ke tapak seterusnya...
JATUH SEKALI BUKAN BERMAKNA JATUH SELAMANYA..
ORANG YANG PERNAH RASAI KEJATUHAN DAN DIA JADIKAN KEJATUHAN TU SEBAGAI SATU SEMANGAT UNTUK TERUS MAJU,
ORANG ITULAH ORANG YANG MENIKMATI KEJAYAAN KERNA DIA KENAL ERTI KEPERITAN SEBELUM DIA CAPAI KEMANISAN IAITU KEJAYAAN...


dunia sekarang penuh dengan hipokrasi dan ego.
ramai orang hanya mahukan kejayaan tanpa berusaha...
skim cepat kaya la..rasuah la...along la..dan macam-macamla..
semuanya hanya kerna ingin mengapai kejayaan dengan cepat tanpa kenal erti susah payah..
apa makna kejayaan diri andai ianya bukan dari usaha diri sendiri..
tiada maknanya hidup dalam dunia hipokrasi..
orang yang berjaya dengan mudah akan kecundang dengan mudah jua..
orang yang berjaya dengan penipuan,rasuah dan ambil kesempatan adalah orang yang hipokrasi...
orang nie bukan menipu orang lain..tapi menipu diri sendiri...andai satu hari kejayaan yang mudah ini menjadi "virus" dalam hidup..
barulah orang2 nie akan hilang arah seperti orang buta yang kehilangan tongkat..
dan mungkin lebih teruk dari yang itu...
at least orang tua yang kehilangan tongkat pernah merasai keperitan tetapi orang yang kecundang kerna kejayaan yang mudah akan meraba-raba mencari arah kerna tidak pernah merasai keperitan sebelum menikmati kebahagiaan...


HARTA?? PANGKAT?? DARJAT???
apa yang perlu dibangga dengan semua nie..semua nie hanyalah sementara..
untuk apa ada harta, pangkat dan darjat kalau hidup tak bahagia dan tenang..
apa guna kejar kebendaan yang bersifat sementara andai persaudaraan sesama Islam menjadi taruhan...
walau sebanyak manapun harta yang kita ada...
walau setinggi mana pangkat dan darjat kita..
kita masih sama pada zahirnya kerna kita insan biasa ciptaan Allah yang dijadikan khalifah di muka bumi ini...
kita semua akan mati berkapankan kain putih...
kita sama saja di sisi Allah..cuma yang membezakannya adalah DOSA DAN PAHALA...
bukannya HARTA, PANGKAT DAN DARJAT!!!!


NASIHATKU...
seandainya satu hari nanti kejayaan dah digapai..janganlah kita mudah lupa diri dan bongkak serta angkuh dalam menikmati kemanisan(kejayaan) itu...
mungkin hari ini kita bergembira..tapi siapa tahu apa akan terjadi pada hari esok..
hidup ini umpama roda..
sekejap kita di atas dan sekejap kita dibawah..
tapi walau dimana pun kedudukan kita..seandainya kita sentiasa bersyukur dan terus berusaha, insyaallah kita akan dapat laluinya...

SAMA-SAMALAH KITA DOAKAN SEMOGA HARI INI LEBIH INDAH DARI SEMALAM DAN HARI ESOK LEBIH INDAH DARI HARI INI....amin.....:)

Saturday, July 19, 2008

...MusiC is My LiFe....


dalam meniti arus kehidupan..

ada di satu saat ketika aku akan rasa sunyi, sepi, gembira, sedih, kecewa dan pelbagai emosi yang bleh menguasai aku...

namun di saat aku hadapi semua ini..aku tak pernah keseorangan kerna music sering menemani aku di saat suka dan duka..

music la penghibur aku disaat suka dan duka..

music banyak memainkan peranan dalam hidupku..kekadang lagu yang tercipta ada kaitan dengan hidupku dan kekadang lagu yang tercipta memberi semangat dan sumber inspirasi kepadaku dan kekadang lagu buat aku sedih mengenangkan seseorang dan kenangan..

namun..walau apapun peranan lagu padaku..lagu tetap mengiringi dan menemani hidupku...tanpa music hidupku bertambah sepi..tiada irama dalam hidupku..

hmm..korang mesti tertanya apa lagu la yang aku layan kan??hehe..sesetengah yang mengenali aku pasti tahu aku nie jenis layan lagu mcmmana..but utk sesapa yang tak tahu..biarlah aku beritahu di ruangan blog ini..

so sesapa yang minat sama ngan aku bleh la share pendapat..hehe...

aku meminati lagu nasyid, lagu yang ada nilai cinta dan sahabat...

aku minat rock cintan mcm kumpulan lama-lama la mcm ukayz, umbrella, exists, spring and mcm2 lagik la...

actually aku bukannya orang yang jenis minat lagu kerana artis tapi aku jenis yang minat pada lirik lagu dan cara penyampiannya..aku jenis yang sentimental la..hehe...aku ada gakz layan lagu english but tak banyak la...smuanya depends on lyric..kalau liriknya menyentuh naluri hati aku, aku pasti akan minat lagu tue..hehe...

kesimpulannya....MUSIC=LIFE [tanpa music, sepilah hidupku]

...JaRak BukaN peNgHaLaNg...

di saat berjauhan dengan orang tersayang,
pasti sepi menyelebungi diri dan pasti diri sering dihimpit kerinduan..
tapi apakan daya jarak sentiasa memisahkan kita..
jarak membuatkan kita sedar kita sering memerlukan antara satu sama lain dan jarak jugalah yang mematangkan dan menabahkan kita dalam melalui liku-liku kehidupan dan cinta..
jadi kenapa kita perlu salahkan jarak tatkala kita terpisah??
semuanya terpulang pada cara pemikiran kita..
andai kita sentiasa berfikiran positif,
pasti setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri yang hanya Allah saja yang tahu..
dan bila sampai satu ketika nanti barulah kita akan menyedari hikmah tersebut..
lagu untukmu nyanyian dari kumpulan feminin inilah yang menjadi kekuatan aku di saat aku merindukan insan yang amat aku sayang...
hayatilah lirik lagu ini...


p/s: sayang, akan kunanti kepulanganmu dengan rasa sabar dan akan ku leraikan segala kerinduanku padamu disaat pertemuan antara kita tercipta..
sayang, akan kusambutmu dengan penuh senyuman agar kau tahu aku bahagia menyambut kepulanganmu....




lagu: Untukmu
penyanyi: Feminin

Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkan mu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya

Walaupun kau pergi jauh dari diri ini
Cintaku masih bersemadi di hati
Keyakinan kita kan kembali
Menghidupkan semula janji bara cinta

Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara ku pasti
Suatu hari nanti cinta kita bersemi
Kembali menerangi mekar di taman hati

Walaupun jauh pandangan mata
Ku yakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah untukmu

Saban hari diriku menunggu
Khabar berita darimu di sana
Gerimis senja kembali reda
Kerinduan di jiwa kau jadi penawar
Rinduku padamu tak dapat ku terkata
Setiap saat waktu bagai terlalu lama
Bila kita kembali bersama
Hiduplah semula janji bara cinta

Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara ku pasti
Suatu hari nanti cinta kita bersemi
Kembali menerangi mekar di taman hati
Walaupun jauh pandangan mata
Ku yakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah untukmu



kepada pasangan yang bercinta tapi telah terpisah kerna jarak..lagu ni mmg sesuai untuk korang..jangan salahkan jarak di atas perpisahan korang...anggaplah perpisahan korang tu akan mengajar korang untuk terus menghargai pasangan korang..doakanlah pasangan anda berjaya dalam mengejar mimpinya..iringilah dengan doa dan kepercayaan kerna jarak sering menguji kepercayaan kita pada pasangan kita...janganlah bertindak mengikut naluri hati tapi bertindaklah mengikut fikiran yang rasional...PERCAYALAH ANDAI ADA JODOH, PASTI HUBUNGAN KORANG AKAN BERAKHIR DENGAN PENUH KEBAHAGIAAN...BAK KATA UKAYS.."PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA..." sabarlah dengan dugaan dan cabaran yang korang akan hadapi disepanjang perhubungan korang kerna sabarlah ubat yang paling mujarab dalam menhadapi pancaroba di dalam dunia kehidupan cinta....


ALL THE BEST TO ALL COUPLE=]

...MeNciNTai Vs DiCiNTai....




Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi..
apatah lagi sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup..
Ianya amat sukar, namun bukan bererti tiada langsung peluang untuk kita gapai…..

Apabila kita bertemu dengan insan yang benar-benar kita sayang dan kita mengharapkan seribu kebahagiaan yang mungkin kita perolehi daripadanya,
mungkin suatu hari nanti dia akan berpaling dan mengecewakan hati kita.
Namun, apabila kita dianugerahkan dengan kehadiran seorang insan yang benar-benar menyayangi dan luhur kasihnya pada kita…
apa mungkinkah kita juga akan kasih dan sayang akan dirinya??
Bagaimanakah pula nanti sekiranya kita mengecewakannya??


Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur, akan lumrah alam percintaan.
Pilihan terletak ditangan kita sendiri.
Tanyalah pada sang hati, jangan pula ditanya sang selera atau sang nafsu,
kerana keduanya hanya memberi janji palsu kepada kamu kelak
Tentukanlah pilihan yang kamu pasti bisa jalaninya…
Bak kata pepatah, “Kalau tidak sanggup dilanda ombak, jangan sesekali berumah di tepi pantai“.
Jadi, andainya anda tidak sanggup menghadapi cabaran jangan sesekali berani mengambil risiko.

Keinginan dan apa jua permintaan kita pasti dituruti apabila kita memilih untuk disayangi oleh seseorang.
Setiap masa dan ketika, hanya akan ada bayangan kita di dalam benak si pencinta.
So? Anda mahukan layanan sebegitu?
Kalau sudah terdetik kata dihati, “bagusnya aku disayangi macam ni…..” ,
teruskanlah dengan pilihan yang ini…
Namun, andai kata hati berkata “Boleh ke aku hidup dengan dia??”
Maka hentikanlah daripada terus menerima pilihan untuk disayangi...
Khuatir nanti, suatu ketika kita akan mengecewakan hati si pencinta pula…

Andai terdetik dihati untuk mencintai seseorang yang belum pasti menyayangi kamu sepenuhnya dan belum tentu lagi kamu akan tersenarai dalam “list” pilihan hidupnya,
bersiap sedialah teman-teman untuk terima semua kemungkinan kerna itulah yang terbaik buat kamu....

Akan ada beribu rintangan di hadapan kamu nanti yang sedia menanti .
Namun, andainya kamu jenis yang berani mati demi mempertahankan cinta,
teruskanlah dengan pilihan kamu.
Teruskanlah dengan pengorbananmu itu
dan rebutlah cinta yang kamu impikan…..
InsyaAllah ,ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kamu kelak
Tiada siapa yang berhak menetapkan pilihan hati kamu,
semuanya berbalik kepada diri kamu sendiri…
IniLah seRba seDiKiT tips daripada saya dan inilah juga yang saya pegang setiap kali terjerat dengan cinta… seMoGa KoRang Terus MaTaNG daLaM meNcaRi eRti KeHidupan!!
“Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang lain daripada cinta kita pada yang di Atas dan diri kita sendiri “….

SempurnaKAH KehidupanKU??

KeHiduPan....

satu perkataan yang simple tapi maknanya begitu mendalam..kehidupan tidak menjanjikan yang indah di setiap saat ketika dalam hidup kita..
begitulah jua dalam kehidupan aku..
orang selalu menggangap kehidupan aku sempurna kerna aku punya sebuah family,punya rumah,kereta dan pelajaran..
ya aku akui yang aku punya smua yang dinyatakan tapi bukan itu smua yang aku perlu dalam meniti kehidupan ini. aku tidak impikan kebendaan dalam hidup aku kerna aku tahu itu hanyalah sementara...
apa yang aku impikan adalah sebuah kasih sayang yang bisa buat aku tenang dalam mengharungi hari-hari dalam hidupku..
aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..tapi disebalik smua yang ada,aku seperti hilang arah tujuan dalam mencari kasih sayang yang abadi..
aku tahu aku punya keluarga yang sempurna di pandangan org,
tapi apakah org tahu apa yang aku lalui disebalik kesempurnaan ini?
apakah keluarga yang sempurna ini sering membahagiakan aku?
apakah impian aku sering tercapai disebalik keluarga yang sempurna ini? biarlah semua ini menjadi rahsia dalam kamus hatiku...
walau kebahagiaan yang aku impikan tidak terlaksana,
aku akan tetap rela berkorban hati,perasaan,hidup demi melihat kebahagiaan di wajah ibu dan ayah aku..
tapi mampukah aku dalam melaksanakannya sedangkan aku sering dikatakan menyusahkan hidup mereka?
aku akur pada permintaan semua orang..
tapi permintaan hati aku tiada siapa yang pedulikan..
semua ini membuatkan aku matang dalam menghadapi liku-liku kehidupan.kepayahan dalam mencari nilai kasih sayang sejati buat aku tabah dalam mengharungi cuaca kehidupan yang sering silih berganti dengan panas,hujan,redup dan ribut..


selagi aku bernafas dan terdaya,
aku rela berkorban rasa hati aku, cinta aku dan apa yang aku impikan demi melihat sinar kebahagiaan di wajah ibu dan ayah aku kerna tanpa mereka,
tidak mungkin aku dapat menikmati keindahan alam yang Allah kurniakan buat kita yang bernama hamba ALLAH...

...aNDai...

andai esok aku bisu,
aku tak mampu lagi untuk berkata-kata sayang denganmu...

andai esok aku pekak,
aku tak mampu lagi mendengar suaramu memanggilku...

andai esok aku buta,
aku tak mampu lagi melihat wajahmu yang mendamaikan hatiku...

tetapi...

andai esok aku pergi selama-lamanya..
aku tak mampu lagi menemanimu mencipta saat bahagia di hari mendatang...

walau apapun terjadi hari esok..
ketahuilah bahawa cintaku,rindu,kasihku dan sayangku hanya milikmu....

...BiCaRa HaTi....

"...bisikku pada bulan...

...kembalikan temanku,kekasihku,syurgaku...

...tanpa dia malam menemaniku...

...sepi memelukku...

...bulan jangan biar siang...

...biar alam ini kelam...

...biar ia sepi sepertiku..."




Tuesday, March 25, 2008

...SoaL HaTi Vs SoaL KeHidUpaN...

HaTi DaN KeHidUpaN adaLaH 2 PeRkaTaaN YaNg BeRbeza maKnaNya TaPi seaNdaiNya KIta teLiTi dan KaItKan 2 PerKaTaaN Nie, iaNya akaN MeMBeri KaItan YaNg aMaT RaPat..KiTa seRiNg deNgaR baHaWa "NoBodY peRFect!"..daN KiTa seRiNg MeMberi aLasaN "NOBOdY perFect" Bila KiTa MelaKUkaN kesILaPaN...KIta seMua seRiNg saLah daLaM meNtaFsir "NoBOdy perFect!"...KiTa seMua maMpu uBaH keTidaKseMpurNaaN tu meNjadi seSuaTu YaNg seMpURna KeRna HaKiKaTnya TIada KeMenaNgan TaNpa uSaHa...USaHa DaN keYaKinaN KItaLaH YaNg MeNguBaH sesUaTu keadaaN.beGiTuLaH JUa HaTi daN KeHidUPaN..KeHidUpaN TaKKaN semPurNA aNdaI soaL HaTi diKetePiKan..BeGitu JUa seBaLiknYa..WaLaUPuN aKu TaHu HaKIkaT ini, taPi iaNya TeTaP sUkaR BaGiKU UntUk MeLaKsaNaKaN...aKU suDaH terBiasa koRbaNKaN keBaHaGiaaN aKu deMi MeLihat seNYumaN dan GeLaK Tawa OraNg YaNg aKu saYaNg...aKu daH TerBiasa meNaNgis DiseBaLIk KeGeMbiRaaN ORaNg YaNg aKU saYaNg...aKu seLaLu KeTePIkaN sOaL HaTi aKu deMi KeHidUPaN oRaNg LaIn..keKadaNG aKU BaHaGia daLaM dUka..NaMun aKu JaRaNg keMUKaKaN keDuKaaNKu keRna Ku TaK maHu OraNg YaNG aKu saYaNg TaHu aKu daLaM keduKaaN..NaMuN aKu seNTiasa POsItiFkaN Diri aKU suPaYa aKu Tak seLaLu berRsedih..aku sibuKKan Diri aKu denGaN aKtiViTi seHaRiaNkU supaYa diriKU TaK DIKUasaI deNGaN eMosi..aku mungKIn dIGeLaR HiPOkrIt...TaPi deMi oRaNg yaNg aKu saYaNg,aKu rela!!tapi sampai bila smua NIe aKaN berLaKu??aKu Pun Tiada JawaPaN baGi peRsoaLaN itu...
BiaRlaH maSa YaNg TeNtUkaN saMpaI BiLa peNgoRbaNaN aKU aKaN beRteRuSan...KiNI aKu BeRseNdirIaN..sErINg BeRpeRaNg deNgaN peRasaan seNdiri..KeRna aKu TIDaK LaGi DiTeMaNi iNsaN2 YaNg DULU seRING MeneMaNiku..2 ORaNg aBGku TeLaH Ke KoTa LoNdoN BaGi meNeRusKaN peLaJaRaN..aDiKKu Jua MeNiNGGaLKaN aKu DeMi MeNuNTuT iLmu..SaHaBaT DaN KeKasIHKu JuGa dI NeGeRi ORaNg DeMi MeNUNTuT iLmu...TaPi aKU??maSiH SeTia Di RUmaH..seMuaNya DeMi PeRMInTaaN aYaHKu YaNg meMinta aKu haNya meNyaMbUnG pelaJaraN Di KOleJ berDeKataN deNgaN rUmah..haTi aNaK maNa YaNg TidaK TerseNtuh meNdeNgaR perMINtaaN aYahNya??aKu KORbaNkaN Rasa HaTiKu DeMi PerMIntaaN aYaHku KerNa kU PasTi ada SebaB dI sebaLikNYa...KesePiaN meMbuaTkaN aKu HidUp DaLaM keriNduaN...KeRindUaN yaNg taK daPaT aKU NYaTaKan deNgaN kata2....

JaraK JuGa meNyeBaBkaN aKU KORBaNkaN sOaL HaTi aKu deMi KeHidupan.ORaNg YaNg aKu sayaNg berRjauHaN deNgaNku DeMi MeNcaRi eRti keHidupan daN memeNuhi KeHendaK daLam KeHiduPan...
OraNg KaTa jaraK TaKKaN MeMisaHkaN IkaTaN saUdara?Ya mmg aku aKui..air DicInCaNg TaKKan Putus,iNIkaN puLa ikaTaN aDiK bRaDik KaNdUNg...TaPi oRaNg seRiNg MeRaGui daN MeMperSoaLkaN BiLa keKasiH Jauh DiMaTa...aPaKaH iaNya keRNa Tiada IkaTaN DaRaH YaNG saH??TaPi Itu seMua NyaTa tiDaK meLemaHkaN aKu KerNa aKu PeRcaYa paDa Takdir...aNdai aKu dan Dia BeRsatu di aKhir ePisOd CiNTa,aKu aKaN BaHaGia DaN RaSa BersYuKur..TaPi seaNdaInya aKu daN dia TIDAK BERSATU di aKHir ePisoD ciNTa, aKu akaN teTap MeNeMaNi DIa Di KeJaUhaN seBaGai seOranG KawaN BaIK , mendoaKaN keBaHagiaan dia daN reDha deNGaN keHeNdaK iLLaHi keRna kU pasTI ada HiKmaH di seBaLikNYa...KeraGuan??TiPULaH KaLau aKu KaTaKaN baHawa aku tiada SedIkit PUN keRaGuan aku PadaNya...aNDaI KeperCayaan KIta letaKKan ia di TeMpaT yang TInGGi,maKa biLa ianya jaTuh, rasaNya amat Perit sekaLI..tiDaK kiRa apaPun, kIta pasti TingGaLKaN seDikIt KeRaGuan agaR tIdaK perIt di KeMuDiaN HaRi...NaMun KePeRcaYaanKu meMbaTasi KeRaGUan keRna aKu YaKin Pada KaTa HaTiKu daN aKU PerCaYakaN dirI aKu leBih DaRi seGaLanya!aLhamduLILLLah aKU maMpU laLuinya Hampir 4 TaHUn...DaN aKu aKaN teRusKaN perJUaNGan daLaM perHUbUngaN YaNg terCipTa aNTara aKu daN Dia...