CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, October 14, 2009

...Titian Perjalanan Hidupku...

Setelah sekian lama aku biarkan blog aku sepi dengan khabar beritaku, kini tiba masanya aku kembali meng"update"kan kembali blog kesayanganku kerna aku yakin tika dan saat ini, blog saja tempat aku meluahkan segala rasa hatiku dan gelora kehidupanku...

Tanggal 10 August 2009, aku memulakan titian perjalanan hidupku sebagai seorang student LimKokWing University of Creative Techonology(LUCT). Jurusan Degree in Digital Film and Tv menjadi pilihanku. Pelbagai impian yang aku impikan tika aku melangkah masuk ke universiti ini. Namun kata pepatah ada mengatakan bahawa jangan mencipta impian terlalu tinggi kerna takut ianya melukakan di kemudian hari. Dan aku akui ada kebenaran di sebalik pepatah itu...

Buat pertama kali dalam hidup aku akan melangkah ke dunia aku sendiri tanpa sesiapa di sisi menemani hari-hariku. Dan buat pertama kali, keluargaku melepaskanku hidup sendirian di tempat orang. Disinilah bermulanya hidup aku sebagai seorang perantauan di negeri orang. susah senang hadapi sendiri. tiada lagi keluarga aku disisi ketika aku kesakitan. semuanya aku terpaksa hadapinya sendirian. Dan aku tahu, aku perlu tabah dalam melalui liku-liku kehidupanku. Aku perlu buktikan aku mampu berjaya walau tanpa sesiapa di sisiku..!!

Hari-hari aku di limkokwing sepi..tiada peneman di sisi..mungkin aku belum temui someone yang mampu aku jadikan kawan baik.. semuanya setakat "hye hye bye bye"...pelbagai telatah/ragam manusia yang aku boleh saksikan disini.. Susah benar nak jumpa melayu yang benar2 melayu..semuanya dah jadi melayu celup..and kekadang sukar bagi aku untuk mengecam bangsa sebenar mereka...itulah dunia mereka sekarang. dan aku berharap aku takkan jadi macam diorang.doaku biarlah aku sentiasa menjadi diri aku walaupun aku sepi tanpa sesiapa...

Study di limkokwing umpama aku study di Africa kerna banyak insan "black" di sini.aku akui semuanya mempunyai perwatakan berbeza. namun kehadiran mereka sememangnya memberi kesan kepada sesiapa saja. melayu celup juga tidak ketinggalan..smua "slang" dah jadi macam orang "black"... kononnya international la kan?haha..=p



aneway, akan ku-updatekan lagi blog aku nanti ya..=)

0 comments: