CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, May 16, 2009

...Sejarah PercinTaanKu...

Sebelum aku memulakan bicara hati aku kali ini, biarlah aku ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua insan yang bergelar "cikgu" di atas dunia ini...CIKGU? satu kerjaya yang cukup besar dan bermakna dalam hidup kita kerna tanpa CIKGU siapalah kita di dunia ini..tanpa CIKGU, kita hanyalah umpama mayat hidup yang hanya meneruskan kehidupan tanpa sebarang ilmu...Jadi marilah kita sesama menadah tangan dan berdoa agar kehidupan seorang insan yang banyak berjasa pada kita ini dikurniakan rahmat yang tak terhingga...



Pasti ada orang yang selalu update blog aku akan terkejut kenapa aku menulis blog ini tatkala 16 May 2009 menjelma sedangkan blog ini sudah lama terbiar...tak perlu korang khuatir kerna stiap persoalan pasti ada jawapannya tidak kira cepat ataupun lambat...dan korang pasti akan ketahuinya di penghujung blog ini...


dan blog kali ini masih menyentuh soal hati dan perasaan..tetapi ada satu perbezaannya...

sebelum ini aku hasilkan karya blog berlandaskan bicara hatiku sendiri dan kerna aku sendiri ingin menulisnya tapi blog kali ini ditulis atas permintaan seorang "teman" dan seorang "peminat setia" blog aku yang ingin mengetahui sejarah percintaanku....jom kita terjah isi blog kali ni...=)



sejarah percintaan banyak mengundang saat suka dan duka..begitulah jua kehidupan aku... saat jatuh cinta adalah saat paling terindah dalam hidup..tapi siapa tahu sejauh mana keindahan itu akan kekal dan berpanjangan..hanya ALLAH saja yang mengetahui...tidak kisahlah setinggi manapun kita berharap, sedalam mana pun kasih kita, sejauh mana pun jarak terpisah, andai ada jodoh, pasti akan berakhir di jinjang pelamin dan seandainya tiada jodoh, ikatan kemanusiaan tetap tak akan terputus...


Tahun 2000 adalah tahun bermakna bagi aku kerna pada tahun itu aku mula kenal erti cinta, rindu dan cemburu. Siapa sangka gadis seperti aku yang hanya berusia 12tahun ketika itu sudah mula terasa kehadiran cinta dalam dirinya. Kehadiran seorang "insan" yang baru di sekolah aku membuatkan aku merasa cinta pandang pertama. Tapi aku masih sedar siapa diri aku ketika itu..aku hanya seorang insan yang kerdil kalau dibandingkan dengan dirinya...kerna memikirkan impian itu tidak mampu aku gapai, aku pendamkan perasaan aku di dalam hati aku... semuanya berjalan lancar antara aku dan dia...perhubungan persahabatan dan perhubungan kemanusiaan adalah dua nama perhubungan yang menyatukankan kami.. Dengan dua nama perhubungan inilah yang merapatkan perhubungan yang terjalin sehinggakan sukar sekali hendak melalui perpisahan...


Hari-hari yang berlalu aku sangka perhubungan kami akan putus apabila berakhirnya tahun 2000 tapi siapa sangka siapa menduga, walaupun berjauhan kami masih berhubung dan rasa saling memerlukan hadir dalam perhubungan itu. perhubungan itu berterusan selama 3 tahun. dua zaman silih berganti.dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja, namun perhubungan masih tetap utuh bersatu. dari perhubungan perkenalan ke persahabatan dan seterusnya melahirkan bibit-bibit cinta dalam hatinya.


14 Februari 2003, satu sejarah percintaan bermula dalam hidup aku. "insan" yang dulu aku pendamkan perasaan aku selama 3 tahun mula berbicara tentang cinta dengan aku. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya aku saat itu. Namun aku tahu aku tidak layak untuk "insan" sepertinya.. Andai aku dan dia bersatu pasti akan ada pihak yang menentang hebat perhubungan kami. Siapa sangka dan siapa menduga perhubungan insan yang bergelar cikgu dan anak murid berakhir dengan percintaan.!! Dan dalam masa yang sama seorang sahabat meluahkan rasa cinta terhadap aku!aku keliru..!! Ujian apakah yang Tuhan berikan kepada aku..


aku tak mampu melukakan dua insan yang hadir dalam hidup aku dan memberi 1001 makna.. sememangnya dua insan ini aku sayangi tapi sayang tak bermakna cinta. dan hanya seorang saja yang aku cinta iaitu "insan" yang bergelar cikgu aku sendiri! tapi mampukah aku teruskan perhubungan dengannya sedangkan aku tahu perhubungan aku dengannya tidak akan berjaya? aku keliru ketika itu!! tapi aku nekad, hanya dia saja yang aku cintai dan tak akan ada pernah orang lain mampu melupakan cinta aku padanya. dan aku jua nekad, walau dia tak aku miliki, aku akan tetap abadikan cintanya dalam hati aku!


Dalam kekeliruan yang aku hadapi, perhubungan kami masih berjalan lancar dan bibit-bibit cinta kian mekar di dalam hati sehingga sukar dihapuskan lagi namun bahagianya hanya seketika. Dua tahun menganyam impian di awan cinta, akhirnya mengundang badai dalam perhubungan kami. Tanggal tahun 2004, aku dikejutkan dengan pengakuan ikhlasnya bahawa ibu "insan" yang aku kasihi telah pun memilih bakal isteri untuknya.. Harapan dan impian aku yang selama ini aku anyamkan bersama insan kesayangan aku punah dengan sebaris ayat! saat itu Hanya Tuhan Saja yang tahu betapa besarnya kekecewaan yang aku alami! aku hilang kewarasan dan pertama kali dalam hidup aku, aku hadiahkan tamparan buat seorang insan yang aku kasihi !! tidak kusangka cinta yang aku hadiahkan setulus hati rupanya kekecewaan menjadi balasannya!! hanya hujan airmata yang membasahi wajahku.. tiada lagi senyuman kebahagiaan terukir di wajahku...yang ada cuma senyuman untuk menutup kedukaanku....Hanya Tuhan saja yang mengerti isi hatiku...Hari-hari yang berlalu aku tabahkan hatiku hanya dengan sebaris ayat "cinta tak bermakna memiliki"... aku relakan pemergian dia selamanya dari kamus hatiku... aku mahu hapuskan segala perasaan aku padanya! Namun sekuat mana pun usaha aku, aku tetap tewas dengan perasaan aku yang terlalu mencintai dirinya...KERNA DIA INSAN KESAYANGANKU...


Kerna kekecewaanku, aku mula terima kehadiran seorang insan yang dulunya bergelar sahabatku yang masih setia menanti cinta aku. Aku cuba bersamanya untuk melupakan kekecewaan aku! aku cuba menyayanginya sepenuh hati aku.namun aku tewas kerna dia tidak pernah bisa memahami hatiku! dia gagal menjadi pecinta hatiku! aku teruskan kehidupan aku tanpa sesiapa disisi....Hari-hari aku yang dulunya sentiasa disulami dengan gelak tawa aku terhapus sama sekali...semuanya hanya kerana CINTA!! tapi aku tak pernah salahkan cinta kerna aku tahu cinta berhak hadir dalam diri setiap insan...CINTA ADALAH SATU PERASAAN YANG CUKUP INDAH dan DENGAN CINTALAH, dunia kit akan berseri...dan aku pasti suatu hari nanti pasti akan ada insan yang mampu menggantikan insan pertama yang aku sayang..dan aku berjanji di saat aku temui insan itu, aku akan meluputkan segala kenangan cinta pertama aku dan aku akan membahagiakan dirinya seumpama dia putera raja yang berhak singgah di hati aku...dan aku masih yakin dengan kenyataan "cinta tak bermakna memiliki"...dan "bahagiakanlah insan yang paling kita sayang supaya bila kita kehilangannya nanti, penyesalan tidak akan hadir"....


Tahun 2005, menjanjikan perkenalan aku dengan seorang insan yang sememangnya menarik perhatian aku dengan pemikiran yang matang. Kematangan dia ketika bersama aku dalam menghadapi gelora kehidupan bersama keluarga aku merapatkan perhubungan kami. bermula dengan atas bernama persahabatan bertukar menjadi perhubungan atas nama cinta! tidak kusangka kehadiran "insan" ini mampu menguburkan cinta aku pada insan pertama yang aku sayangi! dan berbekalkan janji aku ketika dulu, aku membahagiakan hari-harinya walaupun kekadang airmata menjadi peneman aku sepenuh masa! ada sesuatu yang istimewa dalam dirinya! aku rela korbankan kehidupan aku demi melihat senyuman bahagia di wajahnya...namun aku tahu, aku bukan yang sempurna. perhubungan aku dan dia selama 5 tahun banyak teruji dengan 1001 dugaan yang mampu meruntuhkan istana perhubungan yang kami bina. Namun berkat kesabaran, kesetiaan yang berbekalkan rasa cinta di hati, kami masih pertahankan tiang-tiang istana cinta yang kian rapuh...


Kini tahun 2009, aku masih lagi bergelar kekasih kepadanya walaupun tiang istana kian rapuh, aku akan pastikan ianya kembali teguh dan tidak akan berderai kerna kuyakin cinta dalam hati kami pasti akan mengukuhkan lagi ikatan kami walau akhirnya kami tidak ditakdirkan untuk bersatu. Akan aku patrikan istana perhubungan ini dalam diari hatiku kerna dialah insan kesayangan aku selamanya....Kehadiran dia banyak mematangkan hari-hari yang aku lalui dan dengan kehadiran dialah aku yakin aku mampu tabah melalui semua perpisahan yang akan terjadi dalam hidup aku... TERIMA KASIH buat insan bernama ASYRAF!=)



Permulaan kisah cinta aku bermula dengan seorang insan bernama cikgu.dan kerna kehadirannya jua aku mula memahami erti cinta! TERIMA KASIH CIKGU! dan kehadiran 16 MAY 2009, merungkaikan perjalanan kehidupan cintaku!


=Nikmatilah cinta kerna cinta itu ketawa dan airmata=



=end=

1 comments:

fazrin2211 said...

bakal bini cikgu ke ni?haha